IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan!

Hari ini negara kita menyambut ulangtahun pembebasan rakyat Malaysia dari penjajahan British, 53 tahun yang lalu...alhamdulillah! Negara kita dah boleh bangun dengan sendiri, berkat perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang terbilang. Namun apakah erti kemerdekaan jika rakyat khususnya Muslim masih lagi mempertuhankan wang ringgit, bertuhankan hawa nafsu dan bertuhankan taghut dalam mencapai kebahagiaan dunia yang hanya bersifat dengan sementara ini.

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kemerdekan yang sebenar, Nabi S.A.W telah membahagikan bulan yang mulai kepada 3: permulaannya rahmat, petengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka...nah inilah kemerdekaan yang sebenar!

Bulan Ogos ini banyak kenangan bagi mudarris, teringat 31 Ogos ini la juga tarikh kelahiran orang yang tersayang dan telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada Febuari lepas - Almarhum ayahnda tercinta.

Al-Fatihah untuk almarhum ayahnda

Bulan Ogos tahun ini, Masya Allah Tabarakallah, Pelajar kelas 6A STAM telah meraikan mudarris...kita sendiri pun dah lupa! bukan apa tak perasan, berjauhan dengan anak-anak, jadi lupa, biasanya mereka lah sibuk! sebab apa? sebab nak makan kek, nak makan kfc dll. Apa pun, jazakumullah kepada semua pelajar 6AS, semoga anda semua dapat mumtaz dalam STAM.



Bulan Ogos juga, bulan peperiksaan, bermula dengan syahadah - keputusannya tidak memuaskan mudarris sendiri sebab ramai yang gagal dan tak ramai yang dapat mumtaz. Diikuti dengan peperiksaan percubaan, semua lulus tapi tak ramai yang dapat mumtaz. Entah la, soalannya mudah. Soalan yang sudah biasa kita jumpa...tapi kalau makna Al-Quran Makki & Madani, anda tak boleh hafal...macamana dengan yang lain...kesian!!! Nota dah ada di tangan anda! Buat lah yang terbaik untuk diri anda! Guru-guru hanya tumpang gembira jerrr!!!

Jaulah Imam Masjid Al-Azhar ke SMAASZA







Pada 25 Ogos (Rabu) lepas, Bumi SMAASZA menjadi persinggahan Syeikh Asyraf Hameed Hasani Al-Husaini, salah seorang imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar . Beliau sempat memberi tazkirah dan memberi sanad bacaan Al-Fatihah kepada pelajar-pelajar SMAASZA serta sudi berbuka puasa bersama guru-guru dan pelajar-pelajar di Aspura.

Wednesday, August 18, 2010

Periksa lagi!!




Baru minggu lepas, pelajar STAM menduduki Peperiksaan Syahadah Thanawiah, minggu ni dah mula pulok periksa percubaan stam. Hai! lepas periksa, periksa lagi...entah bila abis la periksa ni. Entah la...yang pasti, selagi hayat dikandung badan sememangnya manusia akan diuji. Bulan puasa ni pon, adalah bulan ujian kpd kita, umat islam.

Dalam kita menjawab periksa tu, kadang-kadang kita sangka semua jawapan yang kita tulis tu adalah betul belaka, tapi tidak jugak... kita buat kesilapan, lupa dsb.


Ada pelajar yg kata dia jawab sedap dah...tapi bila kertas disemak...masya Allah..inna lillah!!

Yang pasti, kita kena belajar bahawa apa yang kita kata betul tidak semestinya betul pada orang lain. Yang tak boleh dipertikaikan hanya kata-kata Allah dan Rasulnya saja.

Apapon, selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar STAM, SPM & PMR. Smg anda berjaya dgn cemerlang!!!


Keburukan dan kebaikan laman sosial "mukabuku"


Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Kita juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

6. Gambar-gambar yang diupload kadang-kadang disalahgunakan...hati-hati!!! upload gambar-gambar yang biasa je...gambar yang sesuai untuk dikongsi dan tatapan umum. Ada pun gambar yang agak tidak sesuai ditonton umum tak payah upload la... mengundang komen2 dan kutukan yang tidak sesuai.

Kebaikan laman sosial

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak. :(
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini.. :)

Kesimpulannya, bila dah terlibat ni payah jugak nak tinggalkan...tinggal kawan-kawan.!!! Bukan orang lain... Abg Fattah, Alia, Iffah Athirah dan Adik Amin pun ada jugak akaun... susah, susah!!! Apapun, secara halusnya berjaya sebenarnya Yahudi cuba melalaikan Pemuda dan Pemudi Islam. Hatta kpd pelajar yg ingin menduduki peperikasaan pun masih masyghul dgn "mukabuku" ni - buku tak baca pon!

W/bagaimanapun, pisau di tangan anda, anda sendiri la yang pilih samada mahu potong kepala lembu atau potong kepala anda sendiri!

p/s: sumber asal...http://ligakampung.com/

Tuesday, August 17, 2010

Ustaz Ibrahim masuk wad di HSNZ

Bergambar bersama Syeikh Ibrahim dalam Kapal Terbang MAS ke Langkawi

Semalam Syeikh Ibrahim, telah selamat menjalani pembedahan kecil di perut kerana mengalami sakit appendix. Beliau dijangka berada di wad 2EF selama dua hari. Semoga Allah meyembuhkan penyakit beliau.

Sunday, August 15, 2010

Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan




Pagi tadi, Pengetua SMAASZA telah melancarkan Program dan Tabung Ihya' Ramadhan. Menurut Pengarah Program, YM Ustaz Ku Afwa, antara program yang akan dijalankan ialah Bulan Quran dan Perasmian Galeri Dato' Amar dan Dewan Akademi Al-Quran.

Makan Durian!!!





Pesta makan durian Aspura 2010...

Penggambaran Majalah 2010



Krew Penggambaran

Unit Majalah dengan kerjasama Nadi Fotografi telah membuat penggambaran bagi Majalah Sekolah Tahun 2010. Majalah tahun ini dicadangkan dengan nama baru STANZA 2010. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan gambar, sila buat tempahan melalui wakil Nadi Fotografi mengikut kelas / tingkatan masing-masing.

Monday, August 2, 2010

Karnival Silat SMAASZA 2010








Kuala Terengganu, 27 & 28 Julai 2010, bertempat di Dewan Fikri, SMA(A)SZA, Batu Buruk, telah berlangsung Karnival Silat anjuran bersama Nadi Silat SMA(A)SZA dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan).

Karnival Silat yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tn. Hj. Aziz bin Wahid (Penolong Kanan Pesuruhjaya Sumber Manusia, JHEAT.Pend.) itu, menyaksikan pelbagai acara iaitu Persembahan-Persembahan Silat, Pameran Silat dan Pertandingan Silat Seni & Olahraga.

Tn. Hj. Aziz dalam ucapan perasmiannya menggesa pihak sekolah dan pelajar mengiatkan lagi kegiatan ko-kurikulum yang seumpama ini bagi mendepani arus perdana Negara yang banyak mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang ko-kurikulum. Katanya; “ Ini penting dalam melanjutkan pelajara ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan mahupun swasta “.

Pengetua SMA(A)SZA, En. Hashim bin Embong dalam ucapan aluannya mahu pihak Nadi Silat SMA(A)SZA berusaha menjadikan Silat sebagai ‘ Identiti ‘ SMA(A)SZA pada masa akan datang. “ Silat dan Khat (Islamic Caligrafy) patut didominasikan oleh SMA(A)SZA kerana selama ini SMA(A)SZA terkenal dengan ’keunggulannya’ dari aspek agama dan akhlak pelajarnya…melalui kegiatan silat ini misalnya, diyakini mampu membentuk keutuhan diri pelajar kerana konsep dan amalan dalam persilatan menjuruskan kepada peradaban dan kesopanan Melayu dan Islam itu sendiri..”tegasnya kepada 90 Ahli Nadi Silat yang merupakan peserta yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Silat yang julung-julung kali diadakan ini dan di hadapan pelajar-pelajar dari unit beruniform yang lain yang memenuhi Dewan Fikri pada majlis perasmian itu.

Menariknya, Karnival Silat ini disertai bersama dari SMK. Seri Budiman & SMK. Pdg. Negara, Kuala Terengganu dalam pertandingan Silat Seni & Olahraga. Pengetua SMA(A)SZA mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak pentadbiran & pengurusan sekolah-sekolah berkenaan di atas penyertaan mereka. “Ini menandakan hubungan kolaboratif SMA(A)SZA dengan komuniti luar SMA(A)SZA dapat diterapkan dalam apa jua cara, kerana matlamat SMA(A)SZA ingin meluaskan hubungan dengan pihak luar dari semasa ke semasa…” Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, khususnya Bahagian Pameran Lembaga Muzium Negeri Terengganu kerana dapat mengadakan Pameran Silat yang juga julung-julung kali diadakan di sekolah ini buat tontonan warga SMA(A)SZA semua.

Dalam ulasannya, En. Hashim menyatakan, pesilat SMA(A)SZA Saudara Ahmad Solahuddin bin Awang telah berjaya mengharumkan Negeri Terengganu dan SMA(A)SZA kerana telah berjaya merangkul pingat Perak dalam kejohanan SUKMA, Melaka 2010 baru-baru ini.

Dengan penganjuran Karnival Silat ini juga, memberi peluang dan latihan kepada ahli Nadi Silat SMA(A)SZA membuat persediaan dalam menyertai acara-acara silat dalam kejohanan silat yang biasa dianjurkan samada di peringkat daerah ataupun di peringkat negeri.

Karnival Silat dua hari itu bertemakan “ SILAT MELAYU WARISAN BUDAYA BANGSA “ ditutup dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMA(A)SZA.