Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Monday, March 30, 2009

Pandang Laut..........





Ketika pulang dari Perkampungan Sukan di SMA Ittifakiah, kami sempat singgah dan bersantai serta "memandang laut" di rumah salah seorang pemain Badminton Perempuan Atas SMAASZA. "Pandan Laut" adalah chalet bapa beliau -En. Wan Ismail Sahami- yang terletak di Rhu Sepuluh, Setiu (Bersebelahan Kem Bari). Menurut En. Wan, chalet Pandan Laut yang baru dibuka berkonsepkan alam semulajadi dan rumah dalam taman...

Sunday, March 29, 2009

Keputusan MASSMAT Akhir





SMAASZA terpaksa akur apabila hanya 2 acara sahaja yang berjaya meraih johan iaitu acara Ping-pong Lelaki Rendah dan Ping-pong Perempuan Rendah.

Dalam Kejohanan Akhir yang berlangsung pada di SMA Ittifakiah, Besut pada 27 dan 28 Mac, SMAASZA telah menghantar 7 pasukan termasuk acara Petanqe Terbuka Lelaki dan Perempuan. Acara-acara lain seperti Ping-pong Lelaki Atas, Bola Jaring Atas dan Badmintan Perempuan Atas, SMAASZA mampu meraih naib johan. Manakala kedua-dua pasukan Petanqe, SMAASZA telah tersungkur di peringkat saringan.

Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YM Dato' Peseruhjaya. Dalam ucapannya, beliau menegaskan setiap pelajar mestilah sekurang-kurangnya cemerlang dalam satu jenis permainan seperti Sepak Takraw, Badminton, Ping-pong, Petanqe atau lain-lain . Petanqe adalah satu acara baru yang dipertandingkan dalam Sukan MASSMAT yang kini telah berusia 26 tahun. Selain itu juga, Dato' Pesuruhjaya mahukan supaya diadakan tempat kejohanan yang berasingan antara lelaki dan perempuan sesuai dengan pelajar Sekolah Agama di samping menekankan akademik.

Terdahulu dalam ucapan aluan, KPP Pendidikan, En. Jusoh Ngah menegaskan Kejohanan Sukan tidak berakhir dengan MASSMAT bahkan SMAN Terengganu juga akan menyertai Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah-sekolah Agama Utara dan Pantai Timur (KESUMA) yang akan berlangsung di Kelantan pada Jun nanti. Tahniah kepada Pelajar SMAASZA yang berjaya menyertai Kem KESUMA...!




Thursday, March 12, 2009

Keputusan STAM dan SPM







SMAASZA mencatatkan kecemerlangan dalam STAM, apabila 38 orang berjaya mendapat Mumtaz . Dari jumlah itu, seramai 8 (12.3%) orang yang mendapat Mumtaz dalam semua matapelajaran. Mereka ialah: Nik Norimah bt. Tuan Mat, Ahmad Kamal Hafizullah b. Sidek, Abdul Muiz b. Azhar, Nurul Syuhada bt. Wahid, Mardhiah bt. Nordin, Maryam bt. Abdul Ghani, Mohd Shukri b. Salleh dan Rohanizan bt. A. Ghani.


Peratus yang mendapat Mumtaz ialah 58.5 iaitu seramai 38 orang manakala Jayyid Jiddan 35.4% (23 orang) dan Jayyid 4% (4 orang). Jumlah keseluruhan pelajar yang menduduki peperiksaan STAM adalah 65 orang.

Sunday, March 8, 2009

Tahniah SMAASZA









Pada perayaan sambutan Maulidur Rasul tahun ini yang bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah", SMAASZA telah berjaya meraih tempat pertama dalam perarakan tersebut manakala tempat kedua disandang oleh SMA Khairiah bagi kategori pasukan Sekolah dan IPTA.

Dalam majlis sambutan yang diadakan di Stadium Negeri pagi tadi yang dirasmikan oleh YTM Penasihat Pemangku Raja, SMAASZA telah meraih hadiah sebanyak RM 2000, sementara Mohd Razikin, pelajar STAM yang telah dinobatkan sebagai Juara Pidato Peringkat Sekolah baru-baru ini menerima hadiah RM 500. Tahniah...

Keputusan Separuh Akhir MASSMAT

Dari 7 pasukan yang layak ke separuh akhir, SMAASZA mampu berjaya dalam 5 pasukan iaitu: Ping-pong Lelaki Rendah, Ping-pong Lelaki (Atas), Ping-pong Perempuan (Rendah), Bola jaring (Atas) dan Badminton Perempuan (Atas). Mereka akan bertarung di SMA Ittifakiah, Besut pada 26 dan 27 Mac ini. Semoga SMAASZA tetap juara.

Sunday, March 1, 2009

Massmat Zon B







SMAASZA telah diletakkan di dalam zon B dalam acara Sukan MASSMAT 2008 bersama dengan pasukan SMA Al-Falah, Kemaman dan SM Imtiaz Dungun. Bagi peringkat Men. Rendah, SMAASZA sendiri yang menjadi tuan rumah manakala peringkat Men. Atas, SMA Al-Falah adalah tuan rumah.

Sebanyak 19 acara yang dipertandingkan, SMAASZA hanya layak ke separuh dalam 7 acara iaitu Sepak Takraw (Men. Atas), Badminton Perempuan (Men. Atas), Ping-pong Lelaki (Men. Rendah Ping-pong Lelaki (Men. Atas), Ping-pong Perempuan (Men. Rendah), Bola Jaring (Men. Atas) dan Bola Jaring (Men. Rendah).
Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada minggu ini manakala peringkat akhir akan diadakan pada akhir bulan ini di SMA Ittifakiah, Besut. TAHNIAH SMAASZA... SMAASZA BOLEH>>>Bersama Mencipta Kegemilangan.