Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Wednesday, April 29, 2009

Festival Nasyid

Tahniah kepada Pasukan Nasyid Men. Rendah Perempuan yang telah berjaya dalam pertandingan pagi tadi di SMK Padang Negara Kuala Terengganu. Mereka akan mara ke Festival NasyidPeringkat Negeri Anjuran Jab. Pelajaran Negeri Terengganu di SMKA Durian Guling pada hari Sabtu ini.

Friday, April 24, 2009

Peristiwa Hari Hari...

  1. Majlis Tilawah Al-Quran di SMK Lembah Bidong
  2. Kem Jati Diri Pelajar STAM di Hotel Sumai, Batu Burok
  3. Kem Kepimpinan Pengawas di Sekayu
  4. Kursus Portal Sekolah di Demong Beach Resort, Besut
  5. Kem Idadi di SMAASZA
  6. Perkhemahan Kadet Polis di La Hot Spring
  7. Latihan sukan Kessuma di SMA Marang

Tuesday, April 21, 2009

Doa Kami...

Selamat Menempuh Imtihan kepada bekas pelajar SMAASZA di Ardhul-Kinanah, Bumi Para Anbia, dan IPT ! Semoga anda semua cemerlang di dunia dan akhirat. SMAASZA Boleh!!!

Monday, April 20, 2009

MTQ 2009

Sabtu ini, SMAASZA akan menghantar kontinjen untuk berentap di SMK Lembah Bidong dalam Majllis Tilawah Quran. Banyak Acara dipertandingkan antaranya Pidato, Nasyid (Versi English) Bahas dll. Semoga berjaya... SMAASZA Boleh!!!

Terimakasih Boss!


Hari ini, Isnin-20 April 2009, maka Pengetua telah meluluskan pembelian kamera baru untuk Unit Penggambaran Sekolah. Satu set kamera Nikon DSLR-90 telah dibeli untuk tujuan dokumentasi sekolah. Sebenarnya dari tahun lepas lagi Mustasyar mintak tapi disebabkan halangan kewangan, terpaksa ditangguhkan. Sebelum ini, Mustasyar banyak menggunakan kamera peribadi jenis Sony-Cybershot tapi hari ini dapat kamera baru yang lebih canggih. Terimakasih Pengetua, PP-Ko dan CC K.Ani...

Friday, April 17, 2009

MUSMAT Akhir...




SMAASZA telah berjaya meraih johan keseluruhan bagi katogeri Menengah Rendah dan katogeri lelaki pada Majlis Ihtifal Ilmi Sanawi Peringkat Akhir (Kali Ke-40) yang telah diadakan di SMA Sultan Ismail Dungun. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB. Hj. Matulidi ( MP Dungun). Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang, yang turut dihadiri oleh Dato' Shaik Harun (Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu).

Berikut keputusan penuh (SMAASZA sahaja):

Acara

Katogeri

Keputusan

1

Tilawah

Men. Tinggi Lelaki

Johan

2

Naib Johan

3

Men. Tinggi Perempuan

Johan

4

Naib Johan

5

Hafaz

Men. Tinggi Lelaki

Johan

6

Naib Johan

7

Men. Tinggi Perempuan

Johan

8

Naib Johan

9

Tafsir

Men. Tinggi Lelaki

Johan

10

Naib Johan

11

Men. Tinggi Perempuan

Johan

12

Naib Johan

13

Kuiz

Men. Tinggi Lelaki

Johan

14

Naib Johan

15

Men. Tinggi Perempuan

Johan

16

Naib Johan

17

Bahas

Men. Tinggi Lelaki

Johan

18

Naib Johan

19

Men. Tinggi Perempuan

Johan

20

Naib Johan

21

Tilawah

Men. Atas Lelaki

Johan

22

Tafsir

Men. Atas Lelaki

Naib Johan

23

Nasyid

Men. Atas Perempuan

Naib Johan

24

Bahas

Men. Atas

Naib Johan

25

Tilawah

Men. Rendah Lelaki

Johan

26

Kuiz

Men. Rendah

Naib Johan

27

Nasyid

Men. Rendah Lelaki

Johan

28

Nasyid

Men. Rendah Perempuan

Johan



Majlis Penyampaian Hadiah





Semalam berlangsungnya satu bagi majlis meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua peperiksaan pada tahun lepas (PMR, SPM, STAM, Idadi dan Peperiksaan Akhir Tahun 2008). Majlis itu telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Rozali Salleh yang mewakili Dato' Pesuruhjaya. Selain pelajar, guru-guru juga telah diberi sedikit cenderahati sebagai mengenang jasa mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk kecemerlangan pelajar. Majlis diserikan dengan persembahan silat dan nasyid oleh pelajar SMAASZA.

Sunday, April 5, 2009

Kursus EduWebTV


Satu kursus EduWebTV telah berjaya diadakan kepada semua guru di SMAASZA pada 28 Mac dan 4 April yang lalu. Kursus ini telah dikendalikan oleh Fasilitator Dalaman yang telah mengikuti kursus tersebut bersama JPNT di SMK Seri Nilam sebulan yang lalu dan dibantu oleh Guru-guru ICT SMAASZA. Antara objektif kursus ialah supaya semua guru dapat menggunakan EduWebTV sebagai bahan bantu belajar.
Diharap semua guru dapat menggunakannya supaya pembelajaran lebih efektif dan menyeronokkan. Sila layari: http://www.eduwebtv.com/index7.php

Wednesday, April 1, 2009

Keputusan MUSMAT Awal...




Tahniah sekali lagi buat SMAASZA kerana telah berjaya ke Peringkat Akhir Majlis Ihtifal Ilmi Sanawi yang akan berlangsung di SMA Sultan Ismail, Dungun pada 17 dan 18 April ini. Pada Peringkat Awal, Kumpulan 2, SMAASZA telah berjaya dalam 15 acara yang dipertandingkan pada semua peringkat lelaki dan perempuan. Acara itu telah belangsung di SMA Marang pada 2 dan 3 April yang lalu. Berikut adalah keputusan penuh:
  1. Tafsir Men. Rendah Lelaki (Mohd Izzuddin b Fazli) - Johan
  2. Tafsir Men. Rendah Lelaki (Mohd Raihan Hafiz b Md Fauzi) - Naib Johan
  3. Tafsir Men. Atas Lelaki (Azkar Zahidi b Ismail) - Johan
  4. Tafsir Men. Atas Lelaki (Abdul Rahman b Zulkafli) - Naib Johan
  5. Tafsir Men. Rendah Perempuan (Nur Atiqah bt Mohd Azam) - Naib Johan
  6. Tafsir Men. Atas Perempuan (Amaliah bt Yusof) - Naib Johan
  7. Hafaz Men. Atas Lelaki (Wan Muhammad Izzuddin b Wan Zulkifli) - Naib Johan
  8. Nasyid Men. Rendah Lelaki - Naib Johan
  9. Nasyid Men. Atas Lelaki - Naib Johan
  10. Nasyid Men. Rendah Perempuan - Johan
  11. Nasyid Men. Atas Perempuan - Johan
  12. Tilawah Men. Rendah Lelaki (Muhammad Syahmi b Salim) - Johan
  13. Kuiz Men. Rendah - Johan
  14. Kuiz Men. Atas - Johan
  15. Bahas Men. Atas - Johan