Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR

Keputusan Peperiksaan PMR diumumkan pada hari ini, seramai 42 orang mendapat 9A (31%), keputusan agak menurun berbanding tahun lepas iaitu seramai 56 orang (49%) mendapat 9A. Jumlah calon pada tahun ini ialah 134 orang. Manakala calon yang mendapat 8A adalah seramai 43 orang.

Berikut keputusan mengikut matapelajaran;
  1. Kemahiran Hidup (Cikgu Ibrahim Shariff): 70 orang mendapat A (100% A)
  2. Matematik: 133 - A & 1 - B
  3. Geografi: 128 A & 6 B
  4. Pendidikan Agama Islam: 126 - A & 8 - B
  5. Kemahiran Hidup (Cikgu Khadijah): 59 - A & 5 - B
  6. Sejarah: 119 - A & 15 - B
  7. Sains: 111 - A, 21 - B & 2 C
  8. Bahasa Melayu: 105 - A, 28 - B & 1 - C
  9. Bahasa Inggeris: 103 - A & 31 - B
  10. Bahasa Arab : 66-A, 31 -B, 25 - C & 12 - D

Saturday, December 4, 2010

Monsoon Camp 2010

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bhg. Pendidikan) sedang menganjurkan kem cuti sekolah kepada pelajar-pelajar SMA Terengganu yang akan menduduki PMR & SPM 2011. Antara tujuan kem ini ialah untuk memperkasakan penguasaan Hafazan Al-Quran, B. Arab, Pendidikan Islam & B. Inggeris. Ia diadakan di Pusat Latihan Kecemerlangan Pelajar di Batu Rakit.

Tuesday, November 23, 2010

Peperiksaan SPM bermula hari ini

Kami seluruh warga SMAASZA senantiasa mendoakan agar calon-calon SPM diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan dan semoga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Thursday, November 4, 2010

Majlis Graduasi Ke 7


Majlis Graduasi SMAASZA kali ke 7 diadakan di Dewan Fikri SMAASZA yang telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Rozali b. Salleh, Timb. Pesuruhjaya JHEAT. Acara tahunan ini diadakan antara lain, bertujuan memberi motivasi kepada pelajar-pelajar SPM & STAM supaya lebih gigih dalam usaha mereka untuk meraih kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar dan menghargai sumbangan mereka dalam mencipta kegemilangan SMAASZA...tahniah untuk semua!!!

Wednesday, October 27, 2010

SMAASZA dianugerah SABK Terbaik 2010





SMAASZA telah menerima enam anugerah pada Majlis Anugerah Kecemerlangan SMA Terengganu yang dianjurkan oleh JPNT bersama JHEAT dan Yayasan Terengganu. Majlis tersebut telah diadakan pada 25 Okt. yang lalu di SMKA Tok Jiring dan telah drasmikan oleh YB Hj. Ramli bin Hj. Nuh, Timb. Peng. JK Agama & Penerangan Negeri Terengganu.

Anugerah ini adalah julung-julung kali diadakan menggabungkan semua sekolah-sekolah Agama di Terengganu (SMA, SMKA & Imtiaz) yang dinamakan SMANT

Anugerah tersebut ialah:
  1. Anugerah M/Pelajaran Terbaik PMR 2009 - Matematik
  2. Anugerah M/Pelajaran Terbaik SPM 2009 - Matematik & Sains
  3. Anugerah Murid Terbaik Kokurikulum 2010
  4. Anugerah Pengurusan Disiplin Terbaik 2010
  5. Anugerah Pengurusan PSS Terbaik 2010
  6. Anugerah SABK Terbaik 2010

Sunday, October 3, 2010

Anugerah Ko-Kurikulum SMAASZA 2010


















Buat kali kedua Unit Pengurusan Ko-Kurikulum telah mengadakan Anugerah Ko-Kurikulum SMAASZA 2010 kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di bidang Ko-Kurikulum. Menurut Pn. Zalina, PK Ko-Kurikulum pada kali ini adalah kali kedua setelah ditangguh pada 2006.

Dalam ucapan, Tuan Pengetua merakam ucapan penghargaan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru yang berjaya mengharumkan nama SMAASZA di persada negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ko-Kurikulum adalah sebahagian dari aktiviti yang wajib disertai oleh semua pelajar bagi memenuhi syarat kemasukan IPT sebanyak 10 peratus.

Thursday, September 30, 2010

Ekspo Pendidikan Terengganu 2010





Pengetua SMAASZA telah dijemput untuk menerima anugerah kecemerlangan pendidikan (PMR 2009) sempena ekspo pendidikan yang berlangsung pada 26-28 Sept. di TTC. Ekspo tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh En. Ahmad Razif bin Abdul Rahman (Pengerusi JK Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri) telah mempamerkan bakat dan kreativiti seluruh pelajar Terengganu. SMAASZA turut dijemput mengadakan pameran khat pada ekspo tersebut.

Sumbangan Tabung Palestin



Aspura dan Aspuri SMAASZA telah melancarkan kutipan derma bagi Tabung Palestin pada Ramadhan baru-baru ini. Majlis penyerahan sumbangan yang berjumlah RM2758.00 telah disampaikan oleh Tuan Pengetua kepada Ustaz Engku Omar bin Engku Ali.

KPJ ditubuhkan di SMAASZA



Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia, maka baru-baru ini, Pengetua SMAASZA telah merasmikan Kelab Pencegahan Jenayah SMAASZA. Antara tujuan utama kelab ini ialah mewujudkan platform kerjasama antara pelajar membantu pihak sekolah membendung salah laku di kalangan pelajar.

Manakala keanggotannya akan melibatkan Pengawas Sekolah, AJK Asrama, Pengawas PSS, AJK Koperasi dan Ketua Unit bagi setiap badan uniform sekolah. KPJ adalah bernaung di bawah Unit HEM.

Sambutan Idul Fitri





Datuk Mohd Zafi




Majlis Sambutan Idul Fitri peringkat SMAASZA telah diadakan di Dewan Fikri pada hari Ahad, 19 Sept. baru-baru ini. Majlis ini telah dihadiri oleh Datuk Mohd Zafi, Pengerusi Ex-SMAASZA yang turut menyumbang kuih raya.

Maaf Zahir Batin!!! dari kami warga SMAASZA.

Friday, September 3, 2010

Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan!

Hari ini negara kita menyambut ulangtahun pembebasan rakyat Malaysia dari penjajahan British, 53 tahun yang lalu...alhamdulillah! Negara kita dah boleh bangun dengan sendiri, berkat perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pahlawan yang terbilang. Namun apakah erti kemerdekaan jika rakyat khususnya Muslim masih lagi mempertuhankan wang ringgit, bertuhankan hawa nafsu dan bertuhankan taghut dalam mencapai kebahagiaan dunia yang hanya bersifat dengan sementara ini.

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kemerdekan yang sebenar, Nabi S.A.W telah membahagikan bulan yang mulai kepada 3: permulaannya rahmat, petengahannya keampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka...nah inilah kemerdekaan yang sebenar!

Bulan Ogos ini banyak kenangan bagi mudarris, teringat 31 Ogos ini la juga tarikh kelahiran orang yang tersayang dan telah pergi meninggalkan kami sekeluarga pada Febuari lepas - Almarhum ayahnda tercinta.

Al-Fatihah untuk almarhum ayahnda

Bulan Ogos tahun ini, Masya Allah Tabarakallah, Pelajar kelas 6A STAM telah meraikan mudarris...kita sendiri pun dah lupa! bukan apa tak perasan, berjauhan dengan anak-anak, jadi lupa, biasanya mereka lah sibuk! sebab apa? sebab nak makan kek, nak makan kfc dll. Apa pun, jazakumullah kepada semua pelajar 6AS, semoga anda semua dapat mumtaz dalam STAM.



Bulan Ogos juga, bulan peperiksaan, bermula dengan syahadah - keputusannya tidak memuaskan mudarris sendiri sebab ramai yang gagal dan tak ramai yang dapat mumtaz. Diikuti dengan peperiksaan percubaan, semua lulus tapi tak ramai yang dapat mumtaz. Entah la, soalannya mudah. Soalan yang sudah biasa kita jumpa...tapi kalau makna Al-Quran Makki & Madani, anda tak boleh hafal...macamana dengan yang lain...kesian!!! Nota dah ada di tangan anda! Buat lah yang terbaik untuk diri anda! Guru-guru hanya tumpang gembira jerrr!!!

Jaulah Imam Masjid Al-Azhar ke SMAASZA







Pada 25 Ogos (Rabu) lepas, Bumi SMAASZA menjadi persinggahan Syeikh Asyraf Hameed Hasani Al-Husaini, salah seorang imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar . Beliau sempat memberi tazkirah dan memberi sanad bacaan Al-Fatihah kepada pelajar-pelajar SMAASZA serta sudi berbuka puasa bersama guru-guru dan pelajar-pelajar di Aspura.