IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Friday, December 25, 2009

Keputusan PMR 2009



Tahniah kepada SMAASZA kerana berjaya dalam PMR 2009. Menurut Pengetuanya, En Hashim b Embong, Gred Purata Sekolah telah meningkat dari 1.16 kepada 1.14 pada tahun ini. Namun begitu, jumlah calon yang mendapat 9A menurun dari 56 orang tahun lepas kepada 52 orang. Berikut adalah keputusan penuh PMR 2009:

- Jumlah calon -114 orang
- 9A - 52 orang
- 8A - 28 orang
- 7A - 18 orang
- 6A - 8 orang
- 5A - 4 orang
- 4A - 4 orang
- GPS - 1.14
- Tempat ke 9 diantara sekolah-sekolah agama.

Sunday, December 13, 2009

Graduasi ke-6 2009

Alhamdulillah, bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka SMAASZA telah berjaya mengadakan Majlis Graduasi kali ke-6 pada 11 November 2009. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh Dato' Hj. Shaikh Harun bin Shaikh Ismail, Pesuruhjaya Agama Terengganu.

Senarai penerima anugerah khas pada majlis graduasi SMAASZA kali ke - 6

Anugerah Ibnu Sina : Nor Adilah Bt Abd Ghani
Anugerah Ibnu Rusyd : Ahmad Naqiuddin Bin Kader
Anugerah Al-Ghazali : Mohd Raziqin Bin Zakaria
ANUGERAH PENGETUA
SPM SAINS
Sakinah Bt Abdullah Fadzil
Nur Syuhada Bt Alorzan
Nurul Mukminah Bt Meor Shaari
Ainatul Mardhiah Bt Mohammadin
SPM THANAWI
Nurul Nadzirah Bt Mohd Rafii
Nursamihah Bt Zul
Maryam Syafiyyah Bt Abd Aziz
STAM
Ahmad Arief Mohsein Bin Haron
Siti Nor Safinah Bt Bahari
Wan Mohammad Izzuddin Bin Wan Zulkifli
Tahniah kepada yang berjaya, semoga anda dan semua calon SPM dan STAM cemerlang dalam semua matapelajaran.

Wednesday, October 7, 2009

Selamat berangkat...







Teruskan perjuangan anda!...Mustasyar sempat jugak menghantar bekas pelajar SMAASZA yang berjaya menyambung pengajian mereka di Timur Tengah (Jordan & Mesir) selepas raya baru-baru ni. Semoga anda selamat pulang ke Tanah Air dengan cemerlang.

PMR 2009

Kami ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada pelajar-pelajar ting. 3, bermula 7 hingga 13 Okt. 2009.
Semoga anda mendapat kecemerlangan dalam PMR...kalau bukan kite sape lagi?!!!

Thursday, August 20, 2009

Ahlan ya Ramadhan!

Mustasyar ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua followers nadifotografi . Semoga semua amalan kita dimaqbukan Allah!
كل عام وأنتم بخير

Thursday, August 13, 2009

SMAASZA diarahkan cuti

Pihak Kesihatan telah mengarahkan supaya SMAASZA bercuti dari hari ini sehingga 20 Ogos, berikutan beberapa orang pelajar mengalami demam. Ini bererti para pelajar akan bercuti selama dua minggu termasuk cuti pertengahan penggal. Oleh itu semua peperiksaan akan ditangguhkan termasuk peperiksaan percubaan STAM dan PMR. Diharapkan para pelajar tidak panik dengan perkembangan ini kerana belum ada tanda-tandanya lagi. Yang pasti anda semua akan mengahadapi peperiksaan sebenar tidak lama lagi.
Nasihat Mudarris agar para pelajar gunakan masa cuti dengan menjaga kesihatahn masing-masing dan mentelaah buku-buku pelajaran terutama pelajar STAM.

Tuesday, August 11, 2009

Kunjungan Guru-guru SM Izzuddin ke SMAASZA




Pada awal minggu ini, SMAASZA telah menerima kunjungan "lawatan mahabbah" dari SM Izzuddin, Ipoh, Perak. Rombongan mereka disertai oleh Tuan Pengetua dan guru-guru bertujuan untuk mengenali SMAASZA dari dekat disamping bertukar-tukar pandangan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan pelajar.

Monday, August 10, 2009

Ibtilaa' mina Allah!

Hari ini, SMAASZA tidak terlepas dikunjungi oleh beberapa petugas dari HSNZ kerana terdapat beberapa orang pelajar mengalami tanda-tanda demam. Ada yang terpaksa dikuarantin di Bilik Rawatan. Kata Us. Mohammad Toha: "haza intilaullah lilmukminin". Esok akan diadakan solat hajat, kita memohon agar Allah menjauhi kita dari wabak itu.

Monday, July 27, 2009

Kem STAM

Pada 26 - 28 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan pelajar-pelajar STAM di Bidong View, Batu Rakit. Mungkin ini adalah kem yang terakhir untuk mereka sebelum mereka menghadapi Peperiksaan Percubaan. Antara tujuan ialah untuk mematapkan keupayaan mereka dalam menghadapi Peperiksaan STAM pada bulan Oktober nanti. Kami guru-guru mengharapkan agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Selamat bersara buat Ustaz Him...



Tanggal 26 Julai 2009, SMAASZA kehilangan sebutir bintangnya yang sentiasa menyinar, perginya Ustaz Him dari bumi SMAASZA. Tuan Hj. Ibrahim bin Yusop yang terkenal dengan suara merdu tarannumnya telah bersara wajib pada umur 56 tahun. Beliau yang menetap di Marang mendapat pendidikan awal di SK Marang kemudian meyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Marang dan SMAASZA serta Kolej Islam Kelang. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UKM pada tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1980, di SM Bakri, Muar Johor kemudian bertukar ke SMAASZA pada tahun 1982 dan di SMA Marang pada tahun 1952, kembali berkhidmat semula di SMAASZA pada tahun 2004 sehingga 2009.
Dalam wasiat terakhir kepada anak-anak SMAASZA, beliau menekankan kepada kepentingan menutut ilmu kerana dengan ilmulah makhluk akan kenal kepada Khaliqnya disamping ilmu juga dapat merubah martabat seseorang samada di dunia mahupun akhirat.
Kami, warga SMAASZA sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Ustaz di samping keluarga tercinta. Ilmu, pengalaman dan sumbangan Ustaz amat kami hargai...Terima kasih Ustaz...


Sunday, July 19, 2009

Ceramah Isra' & Mikraj



Pada hari Selasa 19 Julai, Pihak SMAASZA melalui Unit Penghayatan Islam telah menjemput Al-Ustaz Kamruldin b. Omar, Penasihat Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Dalam ceramah, beliau telah mengimbas kembali peristiwa bersejarah dalam Islam itu. Antara lain, dalam peristiwa itu juga disyariatkan solat yang menjadi rukun Islam yang kelima.
Nabi (S.A.W) juga diperlihatkan perihal ahli syurga dan ahli neraka. Semua itu supaya dijadikan pedoman bagi kita yang beriman kepada Allah.

Pertandingan Pencak Silat





Pertandingan Pencak Silat Antara Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di Gerbang Sukan, Gong Badak pada 16 - 18 Julai baru -baru ini. SMAASZA yang berada dalam Zon Kuala Terengganu Selatan hanya mampu meraih juara dalam dua acara sahaja iaitu seni - solo lelaki (Muhammad Hafiz Mat Lazim), dan olahraga putera 2 (Mohd Solahuddin bin Awang). Kedua-dua mereka akan berentap di SMK Sujana, Setiu dalam Pertandingan Pencak Silat Antara Sekolah-sekolah Menengah Terengganu yang akan diadakan pada hari Khamis ini.

Thursday, July 16, 2009

Kem Kecemerlangan SPM






Pada 14-16 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan kem untuk pelajar tingkatan 5 iaitu Kem Kecemerlangan SPM..Kem ini diadakan untuk memberi suasana dan nafas baru kepada para pelajar supaya tidak tertekan dengan Peperiksaan Percubaan SPM yang bakal dihadapi pada 1 September 2009 akan datang..Diharapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 menghargai kem yang dianjurkan dan berusaha meningkatkan usaha demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..Diucapkan ribuan terima kasih kepada Cg.Zaiton bt.Said yang telah berusaha bertungkus-lumus dalam menyediakan kemudahan-kemudahan untuk palajar SPM..Tidak dilupakan juga kepada Penolong Kanan HEM, Cg.Mohammad b. Muda dan Penolong Kanan Akademik, Ustazah Rakiah bt.Tengah yang mengambil berat terhadap pelajar tingkatan 5 kerana menjenguk dari semasa ke semasa...tidak dilupakan juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Pesta Durian


SMAASZA melalui Unit Ko-ko telah mengadakan Pesta Buahan Tempatan pada hari Selasa baru-baru ini. Durian, manggis dan rambutan telah disumbangakan oleh FAMA. Selain itu terdapat juga pulut durian...besttt...alhamdulillah!


Termakasih daun keladi kepada PK Ko-ko dan FAMA...

Penggambaran Majalah SEMASA


Minggu ini, bermula sesi penggambaran untuk Majalah Tahunan SMAASZA yang diberi nama Majalah SEMASA. S/U Majalah (Cg. Naimah Ismail) dibantu oleh Nadi Fotografi telah ditugaskan untuk menjayakan projek ini.

Kepada sesiapa yang ingin memiliki gambar-gambar tersebut, bolehlah membuat tempahan melalui wakil Nadi Fotografi di setiao tingkatan. Manakala sesiapa yang telah membuat tempahan pada tahun lepas tetapi belum mendapatkanya, bolehlah berjumpa terus dengan Mustasyar.

Monday, July 13, 2009

Kursus Persediaan Ke Timur Tengah

Khabarnya bekas pelajar STAM SMAASZA 2008 sedang mengikuti Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (bagi tempoh sebulan) yang sedang diadakan di salah sebuah resort di Paka. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.Terimakasih juga kepada Yayasan Terengganu kerana telah memberi mereka peluang untuk menyanbung pelajaran di Timur Tengah (Mesir & Jordan). Harapan kami guru-guru SMAASZA agar kalian dapat merebuat peluang yang ada, menimba ilmu dari lautan ilmu...Al-Azhar Al-Syarif atau mana-mana universiti di Timur Tengah denagn sebanyak mungkin. Menajadi ulama tersohor membela agama dan memartabatkan ummmahnya.

Imtihan Syafawi STAM '09

Pada hari ini (13 - 16 Julai 2009), Ujian Lisan STAM sedang berlangsung, seramai 72 orang calon yang akan menduduki ujian tersebut. Sebanyak 3 pusat telah dibuka di SMAASZA dengan 2 orang 'mumtahin' bagi setiap pusat. Soalan-soalan yang berkaitan adalah merangkumi madah Hifzul Quran, Hadith dan Mutolaah. Semoga anda semua dapat menjawab dengan betul...

Friday, July 10, 2009

SMAASZA dapat YDP PIBG baru






Pada 9 Julai 2009, SMAASZA telah mengadakan Mesyuarat PIBG bagi sessi 2009/11 setelah dua tahun tidak diadakan kerana kematian YDP yang lalu. Dalam mesyuarat itu, AJK baru telah dilantik, bekas guru SMAASZA iaitu En. Ruzak bin Mohd Nor telah dipersetujui oleh Peseruhjaya JHEAT telah dicalonkan sebagai YDP yang baru.
Dalam ucapan sulong, beliau merasakan rasa terharu dan berterimakasih di atas pelantikan beliau. Beliau yang baru saja bersara pada 1/1/2009 dapat kembali semula ke SMAASZA menyumbang baktinya. Untuk rekod, katanya lebih separuh dari umurnya telah dihabiskan di SMAASZA. Siapa yang tidak mengenali Cg. Ruzak, yang mengajar Sains di SMAASZA., pernah menjawat jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik dan pernah juga memegang jawatan PK HEM di SMAASZA. Beliau kini menumpukan sepenuh masa di bidang perniagaan (Kilang roti, kilang bata, ejen pelancongan, chalet, printing dan juga pusat tusyen).
Semasa beucap, beliau menekan peranan guru-guru dan ibubapa dalam menentukan kecemerlangan anak-anak. Ibubapa dan guru harus menggemblengkan tenaga, bersatu dalam semua aspek, mencari formula bagi meningkatkan prestasi pelajar dan seterusnya memartabatkan SMAASZA di mata masyarakat.
Tahniah kepada beliau..., kami warga SMAASZA sentiasa mendokan agar Allah memberikan kekuatan kepada Cikgu yang banyak pengalaman dalam dunia pendidikan dan AJK yang baru agar dapat menjalankan tugas dan peranan sebaik mungkin ke arah kegemilangan SMAASZA.
Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.
Pada hari itu juga Majlis Temu Murni telah diadakan bagi melaporkan prestasi anak-anak pelajar kepada ibubapa mereka.

Tuesday, June 30, 2009

Perkhemahan Perdana 2009









Pada 25 Jun 2009 hingga 27 Jun 2009, SMA (A) Sultan Zainal Abidin, di bawah Pengurusan Ko-Kurukulum telah mengadakan Perkhemahan Perdana 2009 di Kem Latihan Pendidikan (JHEAT), Batu Rakit . Sebanyak 5 unit beruniform yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, Pergerakan Puteri Islam, Kadet Polis dan Kadet Bomba. Seramai 20 orang guru pengiring dan 60 orang pelajar dari setiap unit beruniform telah menyertai perkhemahan tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan kawad kaki, masakan rimba, lukisan rimba, ikatan dan simpulan, balutan, usungan, 'kampung' tracking, dan malam kebudayaan. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pembantu Peribadi kepada Yang Berhormat Ustaz Haji Khazan bin Che Mat, Pengerusi JK Penerangan dan Agama Negeri Terengganu yang mewakili beliau.

Kem Waja Diri dan Motivasi di UITM,Dungun



Pada 25-27 Jun 2009, pihak sekolah SMA(A)SZA telah mengadakan beberapa kem untuk pelajar, salah stunya ialah Kem Waja Diri dan Motivasi untuk Pelajar Tingkatan 5 Sains di UITM, Dungun. Seramai 69 orang pelajar telah menyertai kem tersebut. Kem ini telah diletakkan dibawah jagaan Mejar Zaid yang merupakan salah seorang pensyarah di UITM dan bekas pelajar SMA(A)SZA.

Sunday, May 24, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme




Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi guru-guru SMAASZA telah diadakan pada 23 Mei 2009 bertempat di Batu Burok Beach Resort. Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Shuahami bin Endut dan En. A. Ghani Awang dari Sektor Psikologi dan Kaunseling Jab. Pelajaran Negeri Terengganu.

Wednesday, May 20, 2009

Pendaftaran MUET

Pendaftaran MUET telah dibuka, kepada calon-calon, sila berjumpa Mustasyar untuk mendaftar. Rujuk di sini.

Tuesday, May 19, 2009

Selamat menempuh peperiksaan

Mustasyar nak ucapkan dgn selamat menghadapi peperikasaan 'dur mayu' (pep. pertghn tahun) kepada anak-anak pelajar SMAASZA sekelian. Buatlah persediaan yg cukup, jgn pandang remeh kpd peperiksaan ini. Kurangkan main, kena study lebih sikit, jgn mengelamung terutama kpd pelajar2 STAM (Th.3). Jadikan pep. ini sbg permulaan utk anda skor MUMTAZ dlm semua madah. Begitu juga pljr 6A, teruskan perjuangan anda, hanya bbrp bulan lagi anda akan menentukan masa depan anad yg lbh gemilang.
Kepada mereka yang tlh pilih utk meninggalkan SMAASZA, masuk U, slmt belajar di tempat baru. Mudahan anda semua berjaya. Tapi jgn lupa guru2 anda. Sblm keluar tu jumpa lah dulu guru-guru anda, jgn senyap je!
Kalau mari SMAASZA, jumpa la kami! Jgn jadi kacang lupakan kulit. Bukan ape, ada jgk sorg dua, tak tegur pun cikgu dia bila mari SMAASZA.

Sunday, May 17, 2009

Hari Guru di SMAASZA







Pada hari ini, berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah dengan bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa. Semalam, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah melancarkan sambutan peringkat kebangsaan di Pulau Wan Man.
Banyak acara telah dijalankan oleh pelajar-pelajar SMAASZA bagi meraikan perayaan tersebut, termasuk juga hadiah dan ucapan dari mereka untuk guru-guru mereka.
Itulah guru, tidak jemu-jemu mendidik dan membimbing anak bangsa mereka ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Doa dan harapan kami, agar anda semua cemerlang dalam segala lapangan yang anda ceburi dan jadikan teguran dan nasihat kami, sebagai motivasi ke arah yang lebih baik. Andai kami tersilap dalam tindakan kami, kami juga mohon kemaafan kerana kami juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Kami bertindak bukan kerana lain, melainkan untuk membaiki kesalahan dan ingin melihat anda berjaya.
Apapun terimakasih di atas segala hadiah dan ucapan yang telah anda berikan.