IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Sunday, May 24, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme




Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi guru-guru SMAASZA telah diadakan pada 23 Mei 2009 bertempat di Batu Burok Beach Resort. Ceramah disampaikan oleh Tn. Hj. Shuahami bin Endut dan En. A. Ghani Awang dari Sektor Psikologi dan Kaunseling Jab. Pelajaran Negeri Terengganu.

Wednesday, May 20, 2009

Pendaftaran MUET

Pendaftaran MUET telah dibuka, kepada calon-calon, sila berjumpa Mustasyar untuk mendaftar. Rujuk di sini.

Tuesday, May 19, 2009

Selamat menempuh peperiksaan

Mustasyar nak ucapkan dgn selamat menghadapi peperikasaan 'dur mayu' (pep. pertghn tahun) kepada anak-anak pelajar SMAASZA sekelian. Buatlah persediaan yg cukup, jgn pandang remeh kpd peperiksaan ini. Kurangkan main, kena study lebih sikit, jgn mengelamung terutama kpd pelajar2 STAM (Th.3). Jadikan pep. ini sbg permulaan utk anda skor MUMTAZ dlm semua madah. Begitu juga pljr 6A, teruskan perjuangan anda, hanya bbrp bulan lagi anda akan menentukan masa depan anad yg lbh gemilang.
Kepada mereka yang tlh pilih utk meninggalkan SMAASZA, masuk U, slmt belajar di tempat baru. Mudahan anda semua berjaya. Tapi jgn lupa guru2 anda. Sblm keluar tu jumpa lah dulu guru-guru anda, jgn senyap je!
Kalau mari SMAASZA, jumpa la kami! Jgn jadi kacang lupakan kulit. Bukan ape, ada jgk sorg dua, tak tegur pun cikgu dia bila mari SMAASZA.

Sunday, May 17, 2009

Hari Guru di SMAASZA







Pada hari ini, berlangsung sambutan hari guru peringkat sekolah dengan bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa. Semalam, TPM yang juga Menteri Pelajaran telah melancarkan sambutan peringkat kebangsaan di Pulau Wan Man.
Banyak acara telah dijalankan oleh pelajar-pelajar SMAASZA bagi meraikan perayaan tersebut, termasuk juga hadiah dan ucapan dari mereka untuk guru-guru mereka.
Itulah guru, tidak jemu-jemu mendidik dan membimbing anak bangsa mereka ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.
Doa dan harapan kami, agar anda semua cemerlang dalam segala lapangan yang anda ceburi dan jadikan teguran dan nasihat kami, sebagai motivasi ke arah yang lebih baik. Andai kami tersilap dalam tindakan kami, kami juga mohon kemaafan kerana kami juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Kami bertindak bukan kerana lain, melainkan untuk membaiki kesalahan dan ingin melihat anda berjaya.
Apapun terimakasih di atas segala hadiah dan ucapan yang telah anda berikan.

Bengkel Bahasa Arab



Satu Bengkel telah diadakan pada 14-16 Mei di Sumai Suite, Kuala Terengganu bagi membincangkan modul untuk Kursus Pemantapan Bahasa Arab kepada Guru-guru B. Arab dan Agama serta Guru Umum di Sekolah Menengah Agama Terengganu.
Bengkel tersebut dikelolakan oleh Jab. Hal Ehwal Agama Terengganu (Bhg. Pendidikan) dan ianya disertai oleh Guru-guru Arab Mesir, Sudan dan Syria yang sedang berkhidmat di seluruh Sekolah Menengah Agama Terengganu. Mustasyar, Us. Rosdi, Us. Amir dan Us. Amir telah dilantik sebagai urusetia bengkel bagi membantu melincinkan perjalanan bengkel tersebut.
Menurut En. Azlan, pegawai yang bertanggungjawab bahawa kursus-kursus akan diadakan pada bulan Jun dan seterusnya, manakala peserta-peserta akan dibahagikan kepada tiga tahap: lepasan luar negeri. dalam negeri dan guru umum. Terimakasih kepada yang bertanggungjawab kerana prihatin denagan kepentinagan B. Arab dalam kehidupan kita seharian.

Monday, May 11, 2009

Pendaftaran Ting 6

Ahkirnya hari ini, 11 Mei terjawab teka-teki, adakah pelajar STPM akan ditempatkan di SMAASZA?. Mereka mula mendaftar hari ini, bilangan belum tahu lagi...bergantung pada pendaftaran hari ini.

Saturday, May 2, 2009

Peristiwa Esok...

  1. Pertandingan Nasyid Men. Atas Perempuan di SMK Sultan Sulaiman
  2. Pertandingan Nasyid Men. Rendah di SMKA Durian Guling
  3. Pertandinagn Bowling (Kelab Guru & Kakitangan) Anjuran May Bank di Stadium Sultan Mizan, di Gong Badak

Kem Motivasi





Satu Kem Motivasi dan Jati Diri Pelajar Ting.4 sedang berkangsung di Sekayu yang dianjurkan oleh JHEAT (Bhg. Pendidikan)