IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Saturday, March 27, 2010

Bengkel Fotografi Kessuma




Pada 26 - 28 Mac 2010, seramai 28 orang pelajar telah berjaya mengikuti kursus dan bengkel data dan fotografi untuk sukan Kessuma kali ke 11 yang akan diadakan di UDM pada Jun ini.

Bengkel tersebut telah diadakan di Pulau Kapas Resort dan dikendalikan sepenuhnya oleh JHEAT di bawah Unit PP Sumber.

Thursday, March 11, 2010

Perasmian Kejohanan Sukan MASSMAT 2010




Petang tadi telah berlangsung Perasmian Kejohanan tersebut di Padang Bola SMAASZA, ianya telah disempurnakan oleh YM Dato' Hj. Sheikh Harun bin Sheikh Ismail Pesuruhjaya Agama Terengganu. Majlis turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan JHEAT, Wakil-wakil Pengetua SMANT, IQT dan SM Imtiaz.


Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa sukan bukanlah matlamat kepada pelajar tetapi yang lebih utama ialah kecemerlangan dalam bidang akademik. Walaubagaimanapun sukan adalah penting untuk kesihatan dan aktiviti ko-kurikulum pelajar seta mengeratkan silaturrahmi antara pelajar.

Terdahulu, Tn. Hj. Jusoh bin Ngah, KPP Pendidikan telah menyampaikan ucapan aluan. Beliau memaklumkan bahawa kejohanan ini adalah kali ke-40 dan yang terbesar melibatkan 15 kontinjen dengan jumlah penyertaan melebihi 500 orang. Beliau juga mengumumkan pada bulan Jun ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Kessuma (Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama- Terengganu, Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kelantan). Kessuma tahun ini akan berkampung di UDM kampus KUSZA. Oleh itu beliau mengaharapkan semua athlit membuat persiapan yang rapi untuk kejohanan tersebut.

Keputusan STAM dan SPM 2009



Hari ini diumumkan Keputusan STAM dan SPM 2009 peringkat sekolah di seluruh Malaysia, di SMAASZA ianya diumumkan oleh PK 1, Puan Rakiah binti Tengah pada jam 11.00 pagi tadi. Manakala Pengetuanya En. Hashim bin Embong telah menyampaikan 'slip keputusan' kepada pelajar-pelajar yang cemerlang.

Bagi peperiksaan STAM, seramai 71 orang calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut. Dari jumlah itu seramai 5 orang yang telah berjaya meraih Mumtaz dalam kesemua matapelajaran yang diambil. Mereka ialah: Ahmad Razikin b. Zakaria, Ahmad Faidhi b. Mohd Sidek, Ahmad Tarmizi b. Md. Arifin, Ahmad Shahrir b.Alias dan Wan Mohd Izzuddin b. W. Zulkifli.

Berikut, adalah keputusan penuh STAM SMAASZA 2009:
- Mumtaz : 30 orang
- Jayyid Jiddan : 18 orang
- Jayyid : 21 orang
- Maqbul : 1 orang
- Rasib : 1 orang

Manakala Keputusan SPM mencatatkan seramai 6 orang calon yang mendapat semua "A" dalam kesemua matapelajaran yang diambil. Mereka ialah Ainatul Mardhiah bt Mohammadin -12A (dari aliran Sains), Mohd Naqiuddin b. Kader, Mohd Nazri b. Ramli, Nik Aina Shuhada bt Nik Mohd Fadhil, Nur Samihah bt Zul dan Nurul Nadzirah bt Mohd Rafii -10A (dari Aliran Thanawi). Jumlah calon SPM adalah 105 orang.

Tahniah kepada mereka yang berjaya...bersama mencipta kegemilangan!

Wednesday, March 10, 2010

MASSMAT Akhir 2010

Terlebih dulu, Mustasyar mohon banyak-banyak kemaafan kerana telah lama tidak menulis dalam blog ini, memandangkan awal tahun sebegini, memang tugas guru banyak yang perlu diselesaikan. Apapun Mustasyar cuba meng'update'kannya semula sekadar termampu.

Terkini, SMAASZA sedang dikunjungi oleh kontinjen-kontinjen MASSMAT-peringkat akhir, sebanyak 15 pasukan yang terdiri dari 10 buah SMANT, 4 buah SM Imtiaz dan IQT. Jumlah peserta adalah seramia 852 orang.

Acara perasmian akan berlangsung esok pada sebelah petang dan dijangka akan dirasmikan oleh Dato Pesuruhjaya Agama Terengganu. Perkampungan Sukan ini bemula pada hari 10 Mac sehingga Sabtu 13 Mac 2010.