IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Monday, July 27, 2009

Kem STAM

Pada 26 - 28 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan pelajar-pelajar STAM di Bidong View, Batu Rakit. Mungkin ini adalah kem yang terakhir untuk mereka sebelum mereka menghadapi Peperiksaan Percubaan. Antara tujuan ialah untuk mematapkan keupayaan mereka dalam menghadapi Peperiksaan STAM pada bulan Oktober nanti. Kami guru-guru mengharapkan agar mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Selamat bersara buat Ustaz Him...



Tanggal 26 Julai 2009, SMAASZA kehilangan sebutir bintangnya yang sentiasa menyinar, perginya Ustaz Him dari bumi SMAASZA. Tuan Hj. Ibrahim bin Yusop yang terkenal dengan suara merdu tarannumnya telah bersara wajib pada umur 56 tahun. Beliau yang menetap di Marang mendapat pendidikan awal di SK Marang kemudian meyambung pelajaran di peringkat menengah di SMA Marang dan SMAASZA serta Kolej Islam Kelang. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari UKM pada tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1980, di SM Bakri, Muar Johor kemudian bertukar ke SMAASZA pada tahun 1982 dan di SMA Marang pada tahun 1952, kembali berkhidmat semula di SMAASZA pada tahun 2004 sehingga 2009.
Dalam wasiat terakhir kepada anak-anak SMAASZA, beliau menekankan kepada kepentingan menutut ilmu kerana dengan ilmulah makhluk akan kenal kepada Khaliqnya disamping ilmu juga dapat merubah martabat seseorang samada di dunia mahupun akhirat.
Kami, warga SMAASZA sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagian Ustaz di samping keluarga tercinta. Ilmu, pengalaman dan sumbangan Ustaz amat kami hargai...Terima kasih Ustaz...


Sunday, July 19, 2009

Ceramah Isra' & Mikraj



Pada hari Selasa 19 Julai, Pihak SMAASZA melalui Unit Penghayatan Islam telah menjemput Al-Ustaz Kamruldin b. Omar, Penasihat Agama kepada YAB Menteri Besar Terengganu. Dalam ceramah, beliau telah mengimbas kembali peristiwa bersejarah dalam Islam itu. Antara lain, dalam peristiwa itu juga disyariatkan solat yang menjadi rukun Islam yang kelima.
Nabi (S.A.W) juga diperlihatkan perihal ahli syurga dan ahli neraka. Semua itu supaya dijadikan pedoman bagi kita yang beriman kepada Allah.

Pertandingan Pencak Silat





Pertandingan Pencak Silat Antara Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kuala Terengganu telah diadakan di Gerbang Sukan, Gong Badak pada 16 - 18 Julai baru -baru ini. SMAASZA yang berada dalam Zon Kuala Terengganu Selatan hanya mampu meraih juara dalam dua acara sahaja iaitu seni - solo lelaki (Muhammad Hafiz Mat Lazim), dan olahraga putera 2 (Mohd Solahuddin bin Awang). Kedua-dua mereka akan berentap di SMK Sujana, Setiu dalam Pertandingan Pencak Silat Antara Sekolah-sekolah Menengah Terengganu yang akan diadakan pada hari Khamis ini.

Thursday, July 16, 2009

Kem Kecemerlangan SPM






Pada 14-16 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan kem untuk pelajar tingkatan 5 iaitu Kem Kecemerlangan SPM..Kem ini diadakan untuk memberi suasana dan nafas baru kepada para pelajar supaya tidak tertekan dengan Peperiksaan Percubaan SPM yang bakal dihadapi pada 1 September 2009 akan datang..Diharapkan kepada semua pelajar tingkatan 5 menghargai kem yang dianjurkan dan berusaha meningkatkan usaha demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..Diucapkan ribuan terima kasih kepada Cg.Zaiton bt.Said yang telah berusaha bertungkus-lumus dalam menyediakan kemudahan-kemudahan untuk palajar SPM..Tidak dilupakan juga kepada Penolong Kanan HEM, Cg.Mohammad b. Muda dan Penolong Kanan Akademik, Ustazah Rakiah bt.Tengah yang mengambil berat terhadap pelajar tingkatan 5 kerana menjenguk dari semasa ke semasa...tidak dilupakan juga kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Pesta Durian


SMAASZA melalui Unit Ko-ko telah mengadakan Pesta Buahan Tempatan pada hari Selasa baru-baru ini. Durian, manggis dan rambutan telah disumbangakan oleh FAMA. Selain itu terdapat juga pulut durian...besttt...alhamdulillah!


Termakasih daun keladi kepada PK Ko-ko dan FAMA...

Penggambaran Majalah SEMASA


Minggu ini, bermula sesi penggambaran untuk Majalah Tahunan SMAASZA yang diberi nama Majalah SEMASA. S/U Majalah (Cg. Naimah Ismail) dibantu oleh Nadi Fotografi telah ditugaskan untuk menjayakan projek ini.

Kepada sesiapa yang ingin memiliki gambar-gambar tersebut, bolehlah membuat tempahan melalui wakil Nadi Fotografi di setiao tingkatan. Manakala sesiapa yang telah membuat tempahan pada tahun lepas tetapi belum mendapatkanya, bolehlah berjumpa terus dengan Mustasyar.

Monday, July 13, 2009

Kursus Persediaan Ke Timur Tengah

Khabarnya bekas pelajar STAM SMAASZA 2008 sedang mengikuti Kursus Persediaan Ke Timur Tengah (bagi tempoh sebulan) yang sedang diadakan di salah sebuah resort di Paka. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya.Terimakasih juga kepada Yayasan Terengganu kerana telah memberi mereka peluang untuk menyanbung pelajaran di Timur Tengah (Mesir & Jordan). Harapan kami guru-guru SMAASZA agar kalian dapat merebuat peluang yang ada, menimba ilmu dari lautan ilmu...Al-Azhar Al-Syarif atau mana-mana universiti di Timur Tengah denagn sebanyak mungkin. Menajadi ulama tersohor membela agama dan memartabatkan ummmahnya.

Imtihan Syafawi STAM '09

Pada hari ini (13 - 16 Julai 2009), Ujian Lisan STAM sedang berlangsung, seramai 72 orang calon yang akan menduduki ujian tersebut. Sebanyak 3 pusat telah dibuka di SMAASZA dengan 2 orang 'mumtahin' bagi setiap pusat. Soalan-soalan yang berkaitan adalah merangkumi madah Hifzul Quran, Hadith dan Mutolaah. Semoga anda semua dapat menjawab dengan betul...

Friday, July 10, 2009

SMAASZA dapat YDP PIBG baru






Pada 9 Julai 2009, SMAASZA telah mengadakan Mesyuarat PIBG bagi sessi 2009/11 setelah dua tahun tidak diadakan kerana kematian YDP yang lalu. Dalam mesyuarat itu, AJK baru telah dilantik, bekas guru SMAASZA iaitu En. Ruzak bin Mohd Nor telah dipersetujui oleh Peseruhjaya JHEAT telah dicalonkan sebagai YDP yang baru.
Dalam ucapan sulong, beliau merasakan rasa terharu dan berterimakasih di atas pelantikan beliau. Beliau yang baru saja bersara pada 1/1/2009 dapat kembali semula ke SMAASZA menyumbang baktinya. Untuk rekod, katanya lebih separuh dari umurnya telah dihabiskan di SMAASZA. Siapa yang tidak mengenali Cg. Ruzak, yang mengajar Sains di SMAASZA., pernah menjawat jawatan Ketua Bidang Sains dan Matematik dan pernah juga memegang jawatan PK HEM di SMAASZA. Beliau kini menumpukan sepenuh masa di bidang perniagaan (Kilang roti, kilang bata, ejen pelancongan, chalet, printing dan juga pusat tusyen).
Semasa beucap, beliau menekan peranan guru-guru dan ibubapa dalam menentukan kecemerlangan anak-anak. Ibubapa dan guru harus menggemblengkan tenaga, bersatu dalam semua aspek, mencari formula bagi meningkatkan prestasi pelajar dan seterusnya memartabatkan SMAASZA di mata masyarakat.
Tahniah kepada beliau..., kami warga SMAASZA sentiasa mendokan agar Allah memberikan kekuatan kepada Cikgu yang banyak pengalaman dalam dunia pendidikan dan AJK yang baru agar dapat menjalankan tugas dan peranan sebaik mungkin ke arah kegemilangan SMAASZA.
Beliau juga turut menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini.
Pada hari itu juga Majlis Temu Murni telah diadakan bagi melaporkan prestasi anak-anak pelajar kepada ibubapa mereka.