IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Sunday, May 17, 2009

Bengkel Bahasa Arab



Satu Bengkel telah diadakan pada 14-16 Mei di Sumai Suite, Kuala Terengganu bagi membincangkan modul untuk Kursus Pemantapan Bahasa Arab kepada Guru-guru B. Arab dan Agama serta Guru Umum di Sekolah Menengah Agama Terengganu.
Bengkel tersebut dikelolakan oleh Jab. Hal Ehwal Agama Terengganu (Bhg. Pendidikan) dan ianya disertai oleh Guru-guru Arab Mesir, Sudan dan Syria yang sedang berkhidmat di seluruh Sekolah Menengah Agama Terengganu. Mustasyar, Us. Rosdi, Us. Amir dan Us. Amir telah dilantik sebagai urusetia bengkel bagi membantu melincinkan perjalanan bengkel tersebut.
Menurut En. Azlan, pegawai yang bertanggungjawab bahawa kursus-kursus akan diadakan pada bulan Jun dan seterusnya, manakala peserta-peserta akan dibahagikan kepada tiga tahap: lepasan luar negeri. dalam negeri dan guru umum. Terimakasih kepada yang bertanggungjawab kerana prihatin denagan kepentinagan B. Arab dalam kehidupan kita seharian.

No comments:

Post a Comment