IKLAN

Peniagaan Prepaid

Daftar Percuma Di Sini!

aqura2u.com

Monday, August 2, 2010

Karnival Silat SMAASZA 2010








Kuala Terengganu, 27 & 28 Julai 2010, bertempat di Dewan Fikri, SMA(A)SZA, Batu Buruk, telah berlangsung Karnival Silat anjuran bersama Nadi Silat SMA(A)SZA dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (Bahagian Pendidikan).

Karnival Silat yang dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tn. Hj. Aziz bin Wahid (Penolong Kanan Pesuruhjaya Sumber Manusia, JHEAT.Pend.) itu, menyaksikan pelbagai acara iaitu Persembahan-Persembahan Silat, Pameran Silat dan Pertandingan Silat Seni & Olahraga.

Tn. Hj. Aziz dalam ucapan perasmiannya menggesa pihak sekolah dan pelajar mengiatkan lagi kegiatan ko-kurikulum yang seumpama ini bagi mendepani arus perdana Negara yang banyak mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang ko-kurikulum. Katanya; “ Ini penting dalam melanjutkan pelajara ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam menjawat jawatan dalam kerajaan mahupun swasta “.

Pengetua SMA(A)SZA, En. Hashim bin Embong dalam ucapan aluannya mahu pihak Nadi Silat SMA(A)SZA berusaha menjadikan Silat sebagai ‘ Identiti ‘ SMA(A)SZA pada masa akan datang. “ Silat dan Khat (Islamic Caligrafy) patut didominasikan oleh SMA(A)SZA kerana selama ini SMA(A)SZA terkenal dengan ’keunggulannya’ dari aspek agama dan akhlak pelajarnya…melalui kegiatan silat ini misalnya, diyakini mampu membentuk keutuhan diri pelajar kerana konsep dan amalan dalam persilatan menjuruskan kepada peradaban dan kesopanan Melayu dan Islam itu sendiri..”tegasnya kepada 90 Ahli Nadi Silat yang merupakan peserta yang akan mengambil bahagian dalam Karnival Silat yang julung-julung kali diadakan ini dan di hadapan pelajar-pelajar dari unit beruniform yang lain yang memenuhi Dewan Fikri pada majlis perasmian itu.

Menariknya, Karnival Silat ini disertai bersama dari SMK. Seri Budiman & SMK. Pdg. Negara, Kuala Terengganu dalam pertandingan Silat Seni & Olahraga. Pengetua SMA(A)SZA mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak pentadbiran & pengurusan sekolah-sekolah berkenaan di atas penyertaan mereka. “Ini menandakan hubungan kolaboratif SMA(A)SZA dengan komuniti luar SMA(A)SZA dapat diterapkan dalam apa jua cara, kerana matlamat SMA(A)SZA ingin meluaskan hubungan dengan pihak luar dari semasa ke semasa…” Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, khususnya Bahagian Pameran Lembaga Muzium Negeri Terengganu kerana dapat mengadakan Pameran Silat yang juga julung-julung kali diadakan di sekolah ini buat tontonan warga SMA(A)SZA semua.

Dalam ulasannya, En. Hashim menyatakan, pesilat SMA(A)SZA Saudara Ahmad Solahuddin bin Awang telah berjaya mengharumkan Negeri Terengganu dan SMA(A)SZA kerana telah berjaya merangkul pingat Perak dalam kejohanan SUKMA, Melaka 2010 baru-baru ini.

Dengan penganjuran Karnival Silat ini juga, memberi peluang dan latihan kepada ahli Nadi Silat SMA(A)SZA membuat persediaan dalam menyertai acara-acara silat dalam kejohanan silat yang biasa dianjurkan samada di peringkat daerah ataupun di peringkat negeri.

Karnival Silat dua hari itu bertemakan “ SILAT MELAYU WARISAN BUDAYA BANGSA “ ditutup dengan rasminya oleh Tuan Pengetua SMA(A)SZA.


No comments:

Post a Comment